July 22, 2011

Puasa Oh Puasa...


PUASA DI BULAN RAMADHAN
Puasa pada bulan ramadhan adalah wajib dilakukan oleh setiap orang Islam 
yang mukallaf dengan dalil atau alasan:

1. Firman Allah dalam surah Al Baqarah Ayat 183-184
Ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman , diwajibkan puasa atas 
                kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada 
               kamu bertakwa atau terpelihara, iaitu hari yang tertentu. "


Firmannya lagi dalam Surah Al-Baqarah juga ayat 185:

Ertinya: "Sesiapa di antara kamu yang berada di bulan Ramadhan, 

                maka hendaklah ia berpuasa."

2. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari 
           dan Muslim daripada Ibnu Umar:
Ertinya: "Islam itu dibina di atas 5 rukun: mengucap dua kalimah syahadat, 
mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa 

pada bulan Ramadhan. "

3. Hukum Orang yang mengingkari wajibnya berpuasa bulan Ramadhan adalah 
    dihukumkan 'murtad'- jelasnya keluar dari agama Islam. (Na'udzu billahi min dzalik 



PENGERTIAN IBADAH PUASA
Puasa dalam bahasa Arab disebut . Perkataan  memberi pengertian: 
" Menahan diri dari sesuatu ".Di dalam Al-Quran terdapat perkataan itu pada 
ayat yang menceritakan hikayat Maryam:
Ertinya: " Sesungguhnya aku bernazar bagi Tuhan yang bersifat pengasih 
akan mengerjakan puasa; yakni menahan diri dan diam daripada berkata-kata."
Pengertian puasa mengikut istilah hukum Syara' pula adalah: " Menahan 
diri daripada perkara-perkar yang tertentu oleh orang-orang yang tertentu 
pada waktu-waktu yang tertentu dengan beberapa syarat. "
Maksud perkara-perkara tertentu adalah: makan, minum dan melakukan 
hubungan jenis(jimak) serta
perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Orang-orang yang tertentu adalah: orang-orang yang menganut 
Agama Islam, telah cukup umur dan berakal.
Sementara pada waktu-waktu tertentu itu pula bererti sepanjang hari 
- iaitu mulai terbit fajar Sadik
() hingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib).


RUKUN PUASA
Rukun puasa ada tiga (3) : 
 1.
Orang yang berpuasa.
 2.
Niat.
 3.
Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Keterangan-keterangan mengenai niat berpuasa

*   Wajib ditakyinkan (ditentukan) jenis puasa fardu 
     seperti Ramadhan, Nazar, Kifarah dan sebagainya.


*   Wajib dilakukan pada waktu malam bagi puasa wajib. 
     Ada pun puasa sunat boleh diniatkan pada siang
     hari dengan dua syarat. Pertama, masanya sebelum 
     yang membatalkan puasa.

*   Menurut Imam Syafie wajib niat puasa pada tiap-tiap malam. 
     Imam Malik pula berpendapat, boleh niat puasa
     sekalian Ramadhan dengan sekali niat pada awal Ramadhan
    (malam pertama). Dan berhubung dengan pendapat
     Imam Malik ini, kita pengikut Mazhab Syafie adalah diharuskan
    bertaklid dengannya.
                                                      Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Ertinya: "Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan 
fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. "


~ Selamat datang bulan Ramadhan ~






No comments:

Post a Comment

Gift From Heaven

Gift From Heaven Slideshow: Hiroshi’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!