October 30, 2012

Banyak betul sarang labah2 .....

Agak lama menyepi ... blog sampai bersarang labah2 kih3, alhamdulilah dalam diam x diam macam2 perkara berlaku dalam hidup selama menyepi dari dunia blog alih2 dapat baby dah, lepas nie insyallah akan ada upadate2 terbaru dari saya...ade ke yg sudi mengikuti perkembangan blog sy...♥

Sekejap jer rasa masa berlalu skrg dah ujung bln 10 rasa baru je awal tahun ..... rasa belum terlambat untuk ucapakan selamat hari raya qurban maaf andai ade salah n silap.....

Cukuplah rasa utk intro kali nie....nak perah otak utk upadate akan datang boleh...kih3 ♥♥


November 4, 2011

10 Tanda Si Dia Jodoh Anda..




1. Gunakan Seluruh Pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk kita?

Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesanyang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasaingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahuyang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaanyang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.

Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah..
Adakah dia jodoh kita?
“Manusia hanya mampu merancang, Allah menentukan. Itu pasti!” :)

October 21, 2011

10 Kemanisan Rumah Tangga Sentiasa Manis


Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga. Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya. Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif. Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan sepuluh tips berikut:
1. Ciuman – Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.
2. Cincin perkahwinan – Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.
3. Makan malam atau bercuti- Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.
4. Perubahan – Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.
5. Adab – Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.
6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa – Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.
7. Hadiah – Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.
8. Senyum – Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.
9. Sentuhan – Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.
10. Impian – Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.
Anda pasti ingin dihargai dan menghargai. Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda. Selamat mencuba!

October 19, 2011

Syukur Padamu Ya Allah......





Pregnancy Tickers
Alhamdulilah.........

Tahun nie amat bertuah rasa kerana aku di sahkan mengandung....teruja pulak rasa...maklumlah first baby, dan di jangka bersalin bulan 5 tahun dpn...ade sikit alahan rasa pening2 n loya tp tak muntah pun....asam mmg sentiasa ada dalam beg heheheheh..........harap-harap semuanya selamat...

Doaku:....

DOA MUDAH BERSALIN DAN KESEJAHTERAAN ANAK DALAM KANDUNGAN :

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ
لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا.
اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ.
... اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا.
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً.
اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ .
وَالْحَمْدُلِهِرَ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ.

Ya Allah , 
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah , 
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah , 
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .

October 11, 2011

10 Tip Peroleh Sahabat Sejati


10 Tips Peroleh Sahabat Sejati

1. Jangan hancurkan ikatan persahabatan hanya kerana masalah kecil. Kalian perlu bijak berkomunikasi danberbincang dari hati ke hati bagi memperbaiki hubungan persahabatan yang bermasalah itu.

2. Sikap saling menghormati harus diterapkan dalam hubungan persahabatan. Dengan ini, masing-masing akan tahu menjaga hati & perasaan antara satu sama lain. Jika anda menghormati orang lain, sudah tentu orang lain juga akan menghormati diri anda. 

3. Sifat cemburu harus dilontarkan jauh-jauh. Tidak semestinya kalian bersahabat, maka kalian perlu berdamping setiap masa. Bersedialah menerima hobi sahabat anda itu dengan hati yang terbuka tanpa rasa cemburu.

4. Dalam hubungan persahabatan, masing-masing harus berfikiran positif dan bersedia menerima kelebihanmahupun kelemahan satu sama lain.

5. Adalah lebih baik anda mencari seorang sahabat yang memiliki minat dan kecenderungan yang sama dengan anda. Dengan ini, masing-masing dapat berkongsi minat yang sama.

6. Jangan sempitkan fikiran anda dengan pemahaman mahupun kepercayaan anda sendiri. Sebaliknya, anda perlu menghargai dan menghormati pendapat atau pandangan orang lain. Paling tidak pun jadilah seorang pendengar yang baik.

7. Saling belajar agar masing-masing dapat menimba pengalaman dan pengetahuan baru selalu.

8. Jangan jadi talam dua muka. Masing-masing perlu mengamalkan sikap jujur dan ikhlas dalam persahabatan. 

9. Jangan mencampuradukkan masalah-masalah yang anda hadapi dengan persahabatan. Memang benar kalian boleh meluahkan perasaan namun jagan sampai sahabat anda itu turut rasa terbeban dengan permasalahan yang sedang anda hadapai itu. 

10. Pelihara pertuturan kalian agar masing-masing rasa dihormati dan dihargai.

Renung2 kan selamat beramal......

September 20, 2011

Raye lagi ker???

salam.....semua,
Agak lama rasa tak update blog maklumlah sibuk katenya....bkn sibuk mkn kuih raya hihihhi.....dah hbis pon kuih raya.korang raya lagi ker???ermmm................. .agak byk jugak jemputan rumah terbuka namun ampun maaf di pinta duhai sahabat2 ku kerana terpaksa menghampakan kalian....bukan x nak jumpa kalian semua namun situasi dan masa yg terhad so membantutkan urusan ku. Ampun dan maaf di pinta yea.... insyallah andai umur pnjg tahun dpn gamaknya kita berkumpul...

Skrg nie MOOD melayan cerita korea so mcm2 la di godeknya web yg aku paling suka stakat nie walaupun agak leceh namun oklah http://www.mysoju.com/ tgk cite korea online best....pelakon pon cute miut 2 yg bertambah+ suke hihihihhi......time nie dok menengok cite korea 101st proposal sambil menulis blog :)  melalut je aku nie kan ...sje bosan2 melayan cite so teringat nak tgk blog yg dah bersawang nie hihhihhi......smpai tersangkut kat hidung sawang nya....pape pon take care.....n jumpa lagi ...... 

August 29, 2011

Selamat Hari Raya















~ Assalamualaikum ~


Pejam celik pejam 
tak celik-celik, bulan Ramadhan yang ditabalkan Allah sebagai bulan yang lebih baik dari 1000 bulan dahpun makin hampir ke penghujung maybe esok kot...jeng..jeng... Yang biasa didengari dan diperhati, makin hujung…makin lemau, lembam, dan suramlah aktiviti ibadat yang diusahakan.

Mana taknya, mood hari raya dah makin membuak buak dalam minda dan jiwa. Pusat membeli belah penuh memanjang. Tempat parking kenderaan tak pernah lengang. Memang kuat penangan hari raya bukan? Hari nie last keje hihihhihi semua bdk opis dari minggu lepas dah start cuti tp sy gak budak rajin hari nie pon keje lagi tup2 besok dah raya insyallah ....

Raya tahun nie adalah pertama kali beraya bersama suami camana gamaknya beraya di rantauan...maklumlah sorang utara dan sorang pantai timur time raya camni memang menjadi satu isu tp xpelah tahun nie sy beralah balik rumah suami dulu kat penang raya ke 3 insyallah kami balik kelantan plak...bertolak ansur  baru aman kate org cewah....dah lah first time beraya bersama mertua takut pun ye  nie....adoiii....harap2 oklah.

Kejar masa nie maklumlah Bos bagi keje half day kol 12.00 dah boleh balik....so  kepada keluarga, kawan2 fb, bloggers n semua umat Islam yang Menyambut Hari Raya Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap harap di maafkan..., mkn2 d'pg raya nanti ingat2 lah kat sy hihihihi...( x kuasa nak ingat :P ) kalo buat open house jangan lupa ajak tau...:) bye...wassalam...




Gift From Heaven

Gift From Heaven Slideshow: Hiroshi’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!