February 28, 2011

~ Video Best ~

~ Tiada Kata Secantik Bahasa MONOLOQUE ~

~ Itulah Sayang AKAZAMI ~

Layan!!!!!!

Zaenross

Bila kebosanan melanda diri..

pikir2 ape aku nak buat nie ???

alamak jangan tembak!!!

                                          ok tak???
kucing menjadi mangsa keadaan kah3

February 23, 2011

10-10-2010 Slideshow

10-10-2010 Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ 10-10-2010 Slideshow ★ to Kelantan by Hiroshi Kurosawa. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

February 21, 2011

Jom Jalan-Jalan Ke Kelantan

Sudah semestinya, pada musim perayaan@ cuti-cuti, pasti ramai diantara kita yang mengambil peluang keemasan ini untuk bercuti bersama keluarga. Tidak kira sama ada bercuti di dalam dan juga diluar negara, motif utamanya sudah semestinya untuk merehatkan minda serta mencari kebebasan dan berkongsi saat-saat gembira dengan ahli keluarga.

Namun begitu, sebelum pergi melancong, satu perkara yang perlu di titik beratkan ialah
perancangan untuk melancong. Perancangan yang teratur menjadikan pelancongan anda lebih seronok dan juga mudah. Merancang pelancongan ini termasuklah merancang tempat-tempat menarik untuk dilawati, tempat penginapan, tempat makan yang lazat dan famous, dan banyak lagi.

Tempat Penginapan Yang Disyorkan

Ridel Boutique / Ridel Hotel
PT 762 Blok H
Wakaf Che Yeh
15100 Kota Bharu
Kelantan.
Tel :- +609-743 4888
Fax :- +609-743 4999
Email :- ridelhotel@gmail.com

Tempat-Tempat Menarik Di Kelantan

~ Pantai ~
Pantai Cahaya Bulan

~ Tempat Membeli Belah ~
Rantau Panjang
Pasar Siti Khadijah
Pasar Borong Wakaf Che Yeh
~Tempat Menarik@ Unik ~
Tokong Wat-Machimaram Tumpat
Masjid Beijing
Hutan Lipur Jeram Linang                                               
Hutan Lipur Bukit Bakau

~ Tempat Makan @ Makanan Kelantan ~
Nasi Ulam Cikgu
Kuih-Kuih Kelantan

Sekadar berkongsi dengan kawan-kawan semua....
Zaenross


February 14, 2011

Apa Hadiah Anda Utk Si Dia Tersayang Sempena Hari Kekasih


Emm..pasti ramai yang tengah pening kepala memikirkan hadiah apa yang nak diberi kepada si dia yang tersayang. Tahun lepas dah beli ni, takkan nak beli itu pula tahun ni. Kang merajuk pula si dia...kan? Dalam otak anda pasti asyik fikir itu ini saja. Kadang-kadang memang blank nak fikir hadiah apa yang sesuai untuk si dia sempena hari kekasih ni.

Biasanya, yang selalu saya nampaklah. Jejaka akan membeli hadiah yang saya senaraikan kat bawah ni buat kekasihnya.  Mungkin ada juga yang lebih special dari itu. Tapi yang penting keikhlasan dalam memberi sesuatu hadiah amatlah berharga dari segalanya.Tak kiralah hadiah itu dalam bentuk apa pun, besar ataupun kecil, murah ataupun mahal. 


Bunga ros..hadiah yang memang wajib ada.



Coklat..best jugakan


Patung...kalau masih remaja tu, oklah juga.


Isss...kalau dapat cincin berlian macam mana pula?


Dapat rantai or gelang emas..best juga

Entah apa lagi hadiah yang paling hebat dari semua ni ya? Kalau terima propose kahwin kan best. Itu amat amat bererti dan saat yang amat ternilai bagi anda. Pasti balik dari dating, senyuman tu sampai ke telinga. Mulalah berangan-angan yang macam-macam. Nak buat majlis macam ini, macam itulah. Apa-apa pun, kita harap bagi sesiapa yang menyambut hari kekasih ni. Sambutlah secara beretika ok. Jangan buat perkara yang jauh dari landasan agama dan moral, namun yg pasti sy x pernah sambut hari kekasih...

           HAPPY VALENTINE DAY!!

~ ZAENROSS ~

February 11, 2011

Cinta, Apa itu cinta??

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak 
bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.


February 2, 2011

Alahai Meoww...

Tahun baru cina bakal tiba..seronoknya dapat balik kg leh jumpa mak,family n my lovely kitty windu sgt2...
hari nie rasa happy coz dah lama cari kucing untuk di bela dan td ade org nak bg bela anak kucing bukan stakat 1 ekor je tp 4 ekor dia bg skali ngn maknya ahaks apa lagi suka la sy hahhaha...pas raya cina nie nak set time jumpa n ambik kucing tu x sabar rasa....

Sy nie mmg jnis hantu kucing mmg suka sgt2 kat spesis kucing nie xtau npe..x kisah la kucing tu cantik ke? buruk ke? kurap ke? tahi mata meleleh ke? it's ok huuhu...my husband pon sama jnis suka kucing so xde masalah bab2 nak membela kucing n  bagi makan.. lpun saya rasa tenang n happy bila dapat pluk n belai2 kucing kadang2 siap cakap lagi ngn kucing ntah kucing tu faham ke x?? tp bila cakap2 kucing tu pon meow2 gak mcm paham lak kan...haaahaha....

saje nak share perasaan happy  ^ - ^  kat blog nie.....



Inilah penyeri hidup saya nanti...cayang dier...muah3
~ TUNGGU MUMMY AMBIK YEA ~
zaenross

Gift From Heaven

Gift From Heaven Slideshow: Hiroshi’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!