October 21, 2011

10 Kemanisan Rumah Tangga Sentiasa Manis


Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga. Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya. Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif. Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan sepuluh tips berikut:
1. Ciuman – Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.
2. Cincin perkahwinan – Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.
3. Makan malam atau bercuti- Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.
4. Perubahan – Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.
5. Adab – Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.
6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa – Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.
7. Hadiah – Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.
8. Senyum – Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.
9. Sentuhan – Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.
10. Impian – Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.
Anda pasti ingin dihargai dan menghargai. Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda. Selamat mencuba!

October 19, 2011

Syukur Padamu Ya Allah......





Pregnancy Tickers
Alhamdulilah.........

Tahun nie amat bertuah rasa kerana aku di sahkan mengandung....teruja pulak rasa...maklumlah first baby, dan di jangka bersalin bulan 5 tahun dpn...ade sikit alahan rasa pening2 n loya tp tak muntah pun....asam mmg sentiasa ada dalam beg heheheheh..........harap-harap semuanya selamat...

Doaku:....

DOA MUDAH BERSALIN DAN KESEJAHTERAAN ANAK DALAM KANDUNGAN :

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ
لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا.
اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ.
... اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا.
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً.
اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ .
وَالْحَمْدُلِهِرَ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ.

Ya Allah , 
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah , 
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah , 
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .

October 11, 2011

10 Tip Peroleh Sahabat Sejati


10 Tips Peroleh Sahabat Sejati

1. Jangan hancurkan ikatan persahabatan hanya kerana masalah kecil. Kalian perlu bijak berkomunikasi danberbincang dari hati ke hati bagi memperbaiki hubungan persahabatan yang bermasalah itu.

2. Sikap saling menghormati harus diterapkan dalam hubungan persahabatan. Dengan ini, masing-masing akan tahu menjaga hati & perasaan antara satu sama lain. Jika anda menghormati orang lain, sudah tentu orang lain juga akan menghormati diri anda. 

3. Sifat cemburu harus dilontarkan jauh-jauh. Tidak semestinya kalian bersahabat, maka kalian perlu berdamping setiap masa. Bersedialah menerima hobi sahabat anda itu dengan hati yang terbuka tanpa rasa cemburu.

4. Dalam hubungan persahabatan, masing-masing harus berfikiran positif dan bersedia menerima kelebihanmahupun kelemahan satu sama lain.

5. Adalah lebih baik anda mencari seorang sahabat yang memiliki minat dan kecenderungan yang sama dengan anda. Dengan ini, masing-masing dapat berkongsi minat yang sama.

6. Jangan sempitkan fikiran anda dengan pemahaman mahupun kepercayaan anda sendiri. Sebaliknya, anda perlu menghargai dan menghormati pendapat atau pandangan orang lain. Paling tidak pun jadilah seorang pendengar yang baik.

7. Saling belajar agar masing-masing dapat menimba pengalaman dan pengetahuan baru selalu.

8. Jangan jadi talam dua muka. Masing-masing perlu mengamalkan sikap jujur dan ikhlas dalam persahabatan. 

9. Jangan mencampuradukkan masalah-masalah yang anda hadapi dengan persahabatan. Memang benar kalian boleh meluahkan perasaan namun jagan sampai sahabat anda itu turut rasa terbeban dengan permasalahan yang sedang anda hadapai itu. 

10. Pelihara pertuturan kalian agar masing-masing rasa dihormati dan dihargai.

Renung2 kan selamat beramal......

Gift From Heaven

Gift From Heaven Slideshow: Hiroshi’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!