March 21, 2011

" Kenapa Harus Bersedih Kerana Cinta "

This is not the first time for me to write down something..something that really struck in my mind suddenly as I read through some of the messages posted here, so many poems, rhymes, letters yang mengisahkan cinta sedih, pilu, rindu merindui etc. Oh well...tema CINTA..women definitely as always- associated by this LOVE scene.. Love..such a powerful word eventhough it only consists 4 letters. Nonetheless, we're drown by these letters especially when it is uttered by someone that you really like and adore. Entah kenape karenah CINTA terlalu mengambil banyak mase kita sebagai manusia dlm mengharungi kehidupan? I'm not saying that we don't need love? Yeap...we need it though..selagi masih bernafas..selagi nyawa dikandung badan...walaupon kulit semakin berkeduts..perasaan cinta tetap di sanubari..nobody can ever deny that! Perasaan cinta datang dan akan datang walaupon die hadir tanpa diundang. Tapi kenapa kite terlalu mengongkong diri kerana CINTA? I've heard stories, lots of them..saddening, hurting, horrifying, frustrations, deperessions..gawssh...Especially kat orang perempuan..everything kerana CINTA kita terhadap seseorang.

Kenape mesti kita tangisi orang yang tidak menghargai CINTA sedangkan orang itu sendiri tidak ambil peduli perasaan kita? Kenapa mesti diingati lagi kepada mahkluk yg sudah melukakan hati kita yang kita sendiri merasakan luka yang berdarah tak mungkin sembuh kembali? We felt that the world is cave on us!...Dunia nih mcm dah nak kiamat??

Janganler kita menunjukkan kelemahan kita teruk sgt dengan gugurnyaa air mata dan memikirkan nasib yang menimpa..Percayalah..lebih ramai manusia yang bertarung nyawa semata2 untuk hidup..yang lebih dasyat dugaannyee, yang lebih perit kehidupannyee, kadang2 nak makan pun susah apetah lagi untuk bercinta?..kita hanya disakiti jiwa dan perasaan sahaja, bukan menderita penyakit kronik, bukan kehilangan tempat bergantung..jadi bersyukurlah dengan apa yg terjadi kerana semua itu adalah hikmah dariNYA.. Maybe we start wondering why this is happening to us? We do expect some answers...but at times, the answers doesn't came along easily..at times it arrives when u least expected it. Kadang2 ape yg terjadi tade jawapannye langsung. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Oleh itu ..janganlah kita membuang mase menangisi pada yg telah pergi meninggalkan kita..janganlan kita membuang mase kerana soal CINTA sahaja.. Segala apa yg berlaku kadang2 dari kesalahan dan kecuaian kita jugak..bercinta sampai tak ingat dunia..kadang2 cinta kita tidak diberkati jadi datanglah musibah..jadi, ape2 pun kita kena fikir semula apa puncanya? Apakah cinta yang disarankan dalam Islam? Apakah orang yg kita cinta itu benar2 jujur dan iklas? Janganla kita terpedaya kerana kata2nya yang manis..as we knew, man are good int their words..they talked on what we women wanted to hear and listen!

Ketahuilah masa itu emas, Allah meminjamkan nyawa hanya seketika..hiasilah kehidupan kita dengan amalan2 yang menguntungkan..tingkatkan la ibadah, muhasabahlah diri dan tingkatkanlah diri kita agar kita menjadi manusia yang cermerlang, gemilang dan terbilang bak kate Pak Lah. Lelaki atau wanita itu bukanlah suatu makhluk yang terlalu penting yang kita seharusnyaa banyak korbankan mase untuk mereka..Allah beri kita akal fikiran..pertimbangkanlah segala apa yg berlaku dengan wajar dan rasional. Berbaloikah kita menyusahkan diri sendiri kerana seseorang yg tidak tahu menghargai diri kita?? Renungkan...CINTA pd Allah kekal abadi..CINTA pd manusia hanya seketika..namun begitu..sudah tentu kita mengharapkan seseorang yang terbaik buat kita..insya-allah segala permintaan akan dimakbulkanNYE..Be patience..at times we tend to meet the wrong person..so that at the end, when you meet the right kind of person, we will be more appreciative.

Love is blind...ungkapan ini dah tak relevan..love is blind because we are not being in the conscienceness state..we're madly deeply in love with the person, sampaikan kita sanggup ikut kata2 mereka, we're not alert actually!..my advice..be more alert..bukalah mata, hati dan minda bila bercinta agar kita tidak tersilap langkah dan lebih berhati2..jadikan semua ini satu cabaran dalam kehidupan yang kita harus tempuhi as a human being.. Life is full of surprises..you'll never know what comes along the way.

Expect nothing, live frugally on surprise! To all kengkawan out there..be strong! Life is a learning process, there's always bends n twists along the way..but don't let yourself fall into the muddy water..banyak lagi perkara yg lebih penting selain mengenang dan menagih CINTA pd yang dah terbukti bukan jodoh dan hak milik kita..renung-renungkanlah...




                                                                       ~ zaenross ~

March 8, 2011

Selamat Hari Wanita 2011 yang ke 100



Setiap 8 Mac merupakan Hari Wanita Sedunia atau pun Hari Wanita Antarabangsa (International Women's Day). Tahun 2011 merupakan tahun ke 100 sambutan Hari Wanita Sedunia ni. Bangganya sy sebagai wanita! ^_^
~ Tujuaan diadakan hari wanita sedunia :-

Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun membuat keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.
Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya..
wanita ohh wanita...

March 2, 2011

Dalam Pahit Itu Ada Manisnya

Saban hari berbagai kisah yg kita lalui, samada kita lalui sendiri atau dari kisah insan2 yg lain.

Ekoran daripada itu kitalah yg harus pandai menyesuaikan diri dan memilih jalan kehidupan, sebagaimana yg kita inginkan. Jika kita tahu ada ranjau dan duri di tengah jalan, kita boleh meilih jalan lain. Tapi kalau jalan itu juga menjadi pilihan kita, maka bersedialah utk menempuh semua ranjau-ranjau ini. Kadangkala peristiwa atau permasaalahan yg berlaku itu ada baiknya kita menerimanya sebagai satu dugaan, namun sekiranya kita sengaja menempah kedukaan, jangan salahkan takdir sebaliknya salahkan diri sendiri yg tidak tahu menilai antara yg buruk dgn yg baik.

Dunia ini dipenuhi dgn berbagai ragam dan kehidupan. kita sendirilah yg memilih kesepian atau kesedihan. Manusia adalah makhluk yg mudah untuk berasa sepi walaupun mereka sebenarnya hidup di tengah keriuhan alam.

Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar utk menghargai kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yg kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yg sedang kita ketawakan itu. Malah ramainya di antara kita yg memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan, hilang semua kebaikan cinta yg selama ini dijunjung tinggi. Jarang benar org bersedia utk berpisah kasih dgn cara yg baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan. Sering kita dengar suara2 yg penuh dgn kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini org itulah yg didewa-dewakan.

Jgnlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan. Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, byklagi kegembiraan yg boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula.

Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dgn adanya rasa pahitlah kita peka terhadapa sebuah kemanisan. Sama seperti org bercinta, ia tidak mungkin manis sepanjang masa. Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada kesabaran dan ada perpisahan. Inilah rempah ratus yg membangunkan kita menjadi seorang manusia dewasa akal dan fikirannya..


~ Renung-renungkan dan selamat beramal ~

Gift From Heaven

Gift From Heaven Slideshow: Hiroshi’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!