March 8, 2011

Selamat Hari Wanita 2011 yang ke 100



Setiap 8 Mac merupakan Hari Wanita Sedunia atau pun Hari Wanita Antarabangsa (International Women's Day). Tahun 2011 merupakan tahun ke 100 sambutan Hari Wanita Sedunia ni. Bangganya sy sebagai wanita! ^_^
~ Tujuaan diadakan hari wanita sedunia :-

Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun membuat keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.
Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya..
wanita ohh wanita...

No comments:

Post a Comment

Gift From Heaven

Gift From Heaven Slideshow: Hiroshi’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!