PUASA DI BULAN RAMADHAN
Puasa pada bulan ramadhan adalah wajib dilakukan oleh setiap orang Islam
yang mukallaf dengan dalil atau alasan:
yang mukallaf dengan dalil atau alasan:
1. Firman Allah dalam surah Al Baqarah Ayat 183-184
Ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman , diwajibkan puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu bertakwa atau terpelihara, iaitu hari yang tertentu. " | |
Firmannya lagi dalam Surah Al-Baqarah juga ayat 185: Ertinya: "Sesiapa di antara kamu yang berada di bulan Ramadhan, maka hendaklah ia berpuasa." |
2. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari
dan Muslim daripada Ibnu Umar:
dan Muslim daripada Ibnu Umar:
Ertinya: "Islam itu dibina di atas 5 rukun: mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa pada bulan Ramadhan. " |
3. Hukum Orang yang mengingkari wajibnya berpuasa bulan Ramadhan adalah
dihukumkan 'murtad'- jelasnya keluar dari agama Islam. (Na'udzu billahi min dzalik )
dihukumkan 'murtad'- jelasnya keluar dari agama Islam. (Na'udzu billahi min dzalik )
PENGERTIAN IBADAH PUASA
Puasa dalam bahasa Arab disebut . Perkataan memberi pengertian: " Menahan diri dari sesuatu ".Di dalam Al-Quran terdapat perkataan itu pada ayat yang menceritakan hikayat Maryam: | |
Ertinya: " Sesungguhnya aku bernazar bagi Tuhan yang bersifat pengasih akan mengerjakan puasa; yakni menahan diri dan diam daripada berkata-kata." | |
Pengertian puasa mengikut istilah hukum Syara' pula adalah: " Menahan diri daripada perkara-perkar yang tertentu oleh orang-orang yang tertentu pada waktu-waktu yang tertentu dengan beberapa syarat. " | |
Maksud perkara-perkara tertentu adalah: makan, minum dan melakukan hubungan jenis(jimak) serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. | |
Orang-orang yang tertentu adalah: orang-orang yang menganut Agama Islam, telah cukup umur dan berakal. | |
Sementara pada waktu-waktu tertentu itu pula bererti sepanjang hari - iaitu mulai terbit fajar Sadik () hingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib). |
RUKUN PUASA
Rukun puasa ada tiga (3) : | |
1. | Orang yang berpuasa. |
2. | Niat. |
3. | Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa. |
Keterangan-keterangan mengenai niat berpuasa | |
* Wajib ditakyinkan (ditentukan) jenis puasa fardu seperti Ramadhan, Nazar, Kifarah dan sebagainya. | |
* Wajib dilakukan pada waktu malam bagi puasa wajib. Ada pun puasa sunat boleh diniatkan pada siang | |
hari dengan dua syarat. Pertama, masanya sebelum | |
yang membatalkan puasa. | |
* Menurut Imam Syafie wajib niat puasa pada tiap-tiap malam. Imam Malik pula berpendapat, boleh niat puasa | |
sekalian Ramadhan dengan sekali niat pada awal Ramadhan (malam pertama). Dan berhubung dengan pendapat | |
Imam Malik ini, kita pengikut Mazhab Syafie adalah diharuskan bertaklid dengannya. | |
Lafaz Niat Puasa Ramadhan | |
Ertinya: "Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. " ~ Selamat datang bulan Ramadhan ~ |
No comments:
Post a Comment